PENGUMUMAN PENTING!

Salam Semua
Sebarang pertanyaan tentang rawatan silakan call@sms@whatsapp saja ibu di nombor 012-658 6987.
pertanyaan anda akan dijawab dalam masa 24jam.

untuk aturkan temujanji pun boleh whatsapp nombor tersebut di atas ya...

terima kasih



SALAM SAYANG PN.IBU =)

ISLAMIK ACUPUNCTURE

Akupuntur merupakan perubatan kuno yang berasal dari China. Di Malaysia Akupuntur masih dimonopoli oleh tabib cina dan mulai berkembang dalam perubatan komplementari Melayu.

Di dalam tubuh manusia terdapat 400 titik akupuntur yang mana apabila distimulasi akan menghubungkan saraf dan organ dan menimbulkan kesan terapeutik. Contohnya, ada 21 titik akupuntur yang dipercaya memengaruhi organ limpa, 19 yang berkaitan dengan usus kecil, 67 titik yang memengaruhi kerja kandung kemih, dan 9 titik akupuntur pada jantung.

Berdasarkan ilmu akupuntur kepercayaan Tiongkok yang mana adanya aliran tenaga yang dipanggil Qi, Kelemahan dan kesumbatan pada Qi akan mengakibatkan kelemahan pada organ dan anggota.
Dengan akupuntur dapat menghambat sumbatan Qi pada tubuh seterusnya merawat penyakit yang dihadapi.

Kaedah Akupuntur ini telah diolah menjadi lebih Islamik dengan menekankan kaedah cara Islam dan lebih natural. Bagaimanapun keaslian ilmu akupuntur masih digunapakai.

 

Akupunktur Wajah



Akupunktur wajah dapat mengembalikan keanjalan wajah, mengubati eye bag, merawat Bell's Palsy (lumpuh wajah sebelah ), merawat rabun, resdung, sakit kepala dan sebagainya.

Kesan dapat dilihat selepas rawatan pertama bergantung kepada keadaan pesakit. Anda dapat lihat sinar pada corak kulit atau lebih dikenali chi atau aliran darah ke arah wajah. Aliran darah akan pulih dan kedut-kedut dapat berkurangan malah menjadikan wajah sihat.

Rawatan perlu dijalankan sekali seminggu selama 45 minit atau sekali selama 90 minit. Rawatan perlu dilanjutkan selama 2 bulan dan kemudian sebulan sekali. Insyaallah akan memberi kesan yang memberangsangkan.

Rawatan akupuktur wajah ini dikenali sebagai alternatif kepada botox yang tidak memerlukan bahan sampingan dan merbahaya.  Akupunktur hanya bertindak sebagai pemangkin chi untuk mengalirkan darah dengan sempurna.


Rawatan Setelah Stroke / Lumpuh.

Terapi akupuntur sebagai terapi alternatif kepada pesakit yang pernah mengalami stroke. Stroke mengakibatkan anggota kaku dan kesukaran bercakap serta kerosakan di pembuluh otak. Akupuntur sangat baik untuk memulihkan aliran tenaga dalam badan.
  
 Slip disc 

Akupuntur sangat berkesan untuk masalah slip disc dan sakit belakang. Kaedah akupuntur yang digabungkan dengan urutan yumeiho / bekam bergantung kepada keadaan pesakit.

Sakit Sendi / Arthritis 

Migraine

Masalah kesuburan

Fabroid / cyst / endometriosis

Masalah rahim menyebabkan kesukaran hamil dan menjejaskan kesihatan seharian. dengan terapi akupuntur insy Allah mengecutkan ketumbuhan dan memulihkan kembali fungsi organ tersebut.

 Senggugut.

Sumbatan pada saluran rahim mengakibatkan senggugut. Akupuntur dan gabungan kaedah urutan untuk memulihkan rahim.


 

Akupuntur dan urutan bersalin 

Menaikkan dan merawat rahim bagi wanita selepas bersalin terutama wanita selepas operation.
Selepas bersalin secara ceaser selalunya wanita takut untuk melakukan sengkak kerana luka masih belum kering. dengan kaedah akupuntur membantu mengecutkan rahim, memulihkan perjalanan haid, menaikkan peranakan dan menyuburkan rahim. 




Dengan akupunktur, insya Allah dapat mengubati masalah-masalah yang dialami

No comments:

Post a Comment